KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga India kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) dalam serbuan di Shah Alam dan Subang Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, berkata hasil soal siasat mendapati empat lelaki berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun itu mengaku terlibat dengan kes kecurian kabel di kawasan Subang Jaya.
"Kita turut merampas beberapa peralatan digunakan untuk mencuri kabel iaitu dua unit alat mesin leraian tembaga, peralatan memotong wayar, pembuka 'manhole' dan satu beg guni berisi leraian tembaga seberat 350 kilogram dengan anggaran nilai tembaga dirampas RM11,000.
"Dua kenderaan yang digunakan suspek melakukan aktiviti jenayah itu turut dirampas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azlan berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai pembantu teknik TM berusia 52 tahun semalam, yang mendapati beberapa jenis kabel syarikat itu dipotong dan dicuri semasa pengadu melakukan pemeriksaan kabel syarikat tersebut pada Rabu lepas.
Beliau berkata dengan tangkapan empat lelaki itu, lapan kes yang melakukan modus operandi sama dapat diselesaikan dalam daerah berkenaan.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga India kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) dalam serbuan di Shah Alam dan Subang Jaya, semalam. - Gambar hiasan
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Polis berkas 15 individu curi kabel TM di Bintulu
Modus operandi kumpulan ini ialah dengan memotong kabel yang terdedah di tepi jalan, kemudian memasuki terowong tempat penyambungan kabel.
Pemandu lori miliki 16 rekod jenayah ditahan curi kabel TM
Jumlah kabel yang dipotong dianggarkan sebanyak empat batang pelbagai saiz sepanjang 150 meter, dengan anggaran kerugian sebanyak RM6,000.
Empat lelaki termasuk seorang warga India ditahan curi kabel TM
Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga India kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) dalam serbuan di Shah Alam dan Subang Jaya, semalam.
Curi kabel: Sub kontraktor TM antara 19 individu diberkas
Seramai 11 daripada 19 suspek ditahan ketika sedang leka mencuri kabel bawah tanah di persimpangan lampu isyarat.